Friday, 5 October 2012

Ubat Hati..

Salam...

Saya sangat suka mendengar lagu-lagu saudara Opick, penyanyi nasyid kontemporari tersohor Indonesia. Subhanallah! Lirik dan lagunya mendayu-dayu sampai ke sanubari. Anak-anak pun sangat suka. Dakwah Islamiah dengan cara hiburan terkini. Lagu-lagu beliau selalu menjadi latar di dalam drama mahu pun telemovie di Indonesia malahan di Malaysia. Beliau menulis dan mencipta kebanyakan lagu. Penghayatan dan niat beliau untuk menyampaikan mesej dakwah secara ikhlas daripada hati nurani sememangnya sampai ke benak sanubari pendengar. Beliau menyanyi bukan mengejar glamour, wang ringgit namun ikhlas menyampaikan nasihat dan secara tidak langsung menyebarkan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira tua mahu pun muda. Perkara penting yang dapat saya pelajari daripada beliau, sekiranya kita membuat sesuatu dengan penuh ikhlas dan niat bersungguh-sungguh kerana Allah, sememangya segalanya akan dipermudahkan dan sesuatu ilmu dan nasihat mudah diterima oleh hamba-hamba yang lain. Subhanallah!

Salah satu lagu yang liriknya sangat mendalam bagi saya adalah Tombo Ati (Ubat Hati)

Obat hati ada lima perkaranya
Yg pertama, baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua, sholat malam dirikanlah
Yg ketiga, berkumpullah dng orang sholeh
Yg keempat, perbanyaklah berpuasa
Yg kelima, dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi
[2x]


Akan kuingat dan kupegang hingga ke akhir hayatku... Insyaallah, Aaminn.....

No comments:

Post a Comment